Sarah Kids Store adalah syarikat yang telah didaftarkan di bawah SSM. Setiap produk dan bahan pengiklanan adalah milik Sarah Kids.
Setiap data yang diterima tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia.
Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan cara kami mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi anda, mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia.
Sumber maklumat Klien / pelanggan atau bakal klien / pelanggan untuk produk-produk Sarah Kids dikumpulkan melalui website, media social dan perbualan dalam talian atau terus.
Maklumat peribadi anda adalah dikumpul dan diproses secara lanjut oleh Sarah Kids seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk tujuan-tujuan komersial yang berikut: a. Untuk menghantar dan menghubungi tentang produk terkini; b. Untuk memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan kami; c. Untuk rekod dan proses analisa data; d. Untuk pengurusan rekod dalaman; e. Untuk memproses and mengurus permintaan pelanggan supaya lebih efisen; f. Untuk mendapatkan padangan dan maklum balas tentang produk;
Pemprosesan Analisis Data Sarah Kids akan menggunakan dan berkongsi data anda untuk tujuan analisis dan pengukuran untuk memahami bagaimana produk dan perkhidmatan kami digunakan, untuk membantu meningkatkan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan, untuk memberi anda produk dan perkhidmatan yang lebih diperibadikan, dan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih lancar.
Sebagai contoh, kami menganalisis data mengenai pilihan dan keutamaan anda berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda beli daripada kami untuk menghantar iklan dan bahan promosi yang disasarkan kepada anda. Kami juga memproses data mengenai iklan yang anda berinteraksi untuk membantu kami dan pengiklan memahami prestasi pelbagai kempen iklan.